Posts

Showing posts from October, 2024

Kepentingan Keselamatan Di Bengkel Kimpalan, Tips Dan Amalan Baik Yang Harus Diikuti Oleh Pelajar.

Image
Keselamatan merupakan satu aspek yang amat penting dan perlu dititiberatkan di dalam setiap bengkel kimpalan. Slogan “Utamakan Keselamatan” atau “Safety First” merupakan satu slogan peringatan keselamatan kepada semua pekerja dan pelajar apabila berada di dalam bengkel dan tapak binaan. Kemalangan yang berlaku bukan sahaja boleh mengakibatkan kecederaan, malah juga menyebabkan kematian, kerugian harta benda dan kehilangan sumber tenaga yang terlatih. Berdasarkan statistik kemalangan pekerjaan yang dikeluarkan oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP), terdapat sebanyak 6,933 kes kemalangan pekerjaan yang dilaporkan sehingga Disember 2020. Angka ini termasuk 213 kes kemalangan maut dan 274 kes yang melibatkan hilang upaya kekal. Tiga negeri dengan jumlah kes kemalangan pekerjaan tertinggi adalah Selangor (1,342 kes) dan Johor (1,217 kes). Ini menunjukkan bahawa negeri-negeri dengan kepadatan sektor industri dan perkilangan yang tinggi menyumbang kepada jumlah kemalangan ...